Wednesday, May 11, 2011

KUBU BAWAH TANAH SINGAPURA


Sumber : Bro Shah
5/5/2011

1.Sejarah, kubu perlindungan ini untuk orang awam Singapura. Program ini diperkenalkan pada tahun 1983 dengan mendua fungsikan stesyen-stesyen Mass Rapid Transit (MRT) sebagai stesyen keretapi bawah tanah dan pusat perlindungan.

2.Kuasa mendiri atau mengusahakan pusat-pusat perlindungan ini terletak di bawah Civil Defence atau macam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) kita, kuasa ini bukan di bawah bomba atau tentera.

3.Pada awalnya ada 9 stesyen MRT yang terletak di bawah tanah telah dijadikan pusat perlindungan dan ada di antara stesyen ini dilengkapi dengan pintu kalis bom, kesemua stesyen ini sudah saya pergi untuk tinjau-tinjau, hari ini jumlah itu telah bertambah.

4.Pusat perlindungan untuk rakyat Singapura juga terletak di flet-flet HDB, universiti, sekolah, pusat masyarakat dan banyak lagi.

5.Jumlah kubu pelindungan serangan udara Singapura hari ini berjumlah lebih dari 500 buah di bawah tanah dan mampu menempatkan lebih kurang 900,000 nyawa (jumlah keseluruhan penduduk Singapura adalah 4.8 juta mengikut bancian pada 2008).

6.Jika anda melawat republik itu, cuba cari papantanda yang bertulis CD (Civil Defence) dan huruf SHELTER dalam rekabentuk tigasegi bewarna kuning, itulah kubu bawah tanah mereka.

7.Rakyat Singapura juga sentiasa bersedia untuk peperangan, mereka dilatih secara berdisiplin untuk memasuki kubu-kubu bawah tanah, diajar dan diberi informasi untuk hidup semasa peperangan melalui buku-buku panduan atau di laman web agensi berkaitan malahan kerajaan Singapura sudah mewujudkan sistem catuan bekalan makanan dan minuman untuk bekal semasa negara itu bermasalah.

8.Sebarang arahan latihan atau peperangan akan disalurkan melalui sisipan beberapa saat pada skrin televisyen Singapore Broadcasting Corporation (SBC).

9.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kubu-kubu ini telah diperluaskan ke dalam unit-unit pangsapuri Housing Development Board (HDB).

10.Umum mengetahui bahawa standard rumah flet HDB mesti ada sekurang-kurang 3 bilik+1 Stor.

11.Flet sepupu saya di Singapura mempunyai lif peribadi dan lif awam, lif peribadi akan berhenti di dalam dapur rumah beliau.

12.Stor-stor ini pada waktu aman menjadi tempat simpan barang tetapi sebenarnya ia lebih kukuh dari mana-mana bilik dalam pangsapuri beliau.

13.Rakyat Singapura hanya perlu mengeluarkan belanja lebih kurang RM10,000 untuk memperkuatkan stor-stor ini sebagai kubu.

14.Kajian awal mendapati jika berlaku pengeboman, flet-flet HDB ini tidak akan runtuh kerana bom udara bukan direka untuk meruntuhkan flet dan ini terbukti dalam peperangan di Beirut serta Sarajevo di mana banyak bangunan tinggi masih terpacak.

15.Stor-stor ini walaupun bukan jaminan keselamatan yang baik tetapi impak psikologinya cukup untuk membuatkan penghuninya berasa selamat, malangnya, stor-stor ini bukan kalis api.

16.Bukan sekadar kubu, bandaraya Singapura dari Woodland sehinggalah ke Jurong mempunyai siren amaran serangan udara yang diletakkan di tempat-tempat strategik.

17.Kemudahan seperti ini terdapat juga di Manila tetapi ibukota Asia yang lain seperti Kuala Lumpur, Jakarta dan Bangkok tidak mempunyai sistem ini, mungkin KL misalnya terlalu yakin bahawa ibunegara Malaysia ini tidak akan menghadapi serangan udara.

18.Jika terjadi pun, mungkin pihak berkuasa hanya perlu menghantar SMS supaya penduduk KL mencari tempat perlindungan.

19.Pihak berkuasa Singapura biasanya menguji sistem siren amaran serangan udara ini pada minggu pertama setiap bulan iaitu tepat pada pukul 12 tengahari.

20.Saya tidak pasti jika ianya merupakan ujian atau menghantar message kerana sistem siren ini mempunyai mesej-mesej tertentu berdasarkan bunyi yang dipancarkan, ada juga sistem siren yang mampu menghantar bunyi “morse Kod”.

21.Sistem siren Singapura biasanya menghantar mesej-mesej seperti :

Signal Sound Situation What it Means

“Alarm” Signal- wailing blasts air raid threat-imminent go to shelter

“All Clear” Signal- continual blast -air raid threat over can leave shelter

“Important Message”-pulsating blast- important broadcast mesg tune into FM radio

No comments: